Antarabangsa

Jumlah Gelandangan Di Pinggir England Mencanak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ENGLAND, 08 Januari 2024 – Jumlah gelandangan di pinggir England telah mengalami peningkatan sehingga 40 peratus dalam tempoh lima tahun sebagaimana yang telah dilaporkan oleh sebuah badan Kebajikan British, Campaign to Protect Rural England (CPRE).

Lonjakan tersebut adalah disebabkan peningkatan harga hartanah yang tinggi serta krisis kos sara hidup di kawasan tersebut.

Di United Kingdom (UK), jumlah mereka yang tinggal di jalanan, di dalam khemah ataupun bukan di kediaman telah meningkat kepada 24,143 pada tahun lalu berbanding dengan sejumlah 17,212 pada tahun 2018.

Laporan yang sama juga menyebutkan bahawa dianggarkan setiap 15 daripada 100,000 orang adalah gelandangan di seluruh England.

Badan Kebajikan tersebut turut menemukan bahawa masalah yang sama adalah lebih dahsyat di kawasan-kawasan pinggiran berbanding di kawasan bandar di England termasuklah London, Leeds dan Norwich.

Menurut CPRE, krisis tersebut berpunca daripada kejatuhan ekonomi yang bermula pada tahun 2022 di mana inflasi telah memberi kesan yang tinggi yang belum pernah berlaku sejak beberapa dekad sebelumnya, berikutan peningkatan kos tenaga dan makanan yang melampau.

Perkara tersebut kemudiannya telah memberi kesan kepada harga kediaman yang tinggi, gaji yang tidak meningkat, penambahan senarai menunggu bagi perumahan awam serta kenaikan harga bagi rumah kedua serta sewa jangka pendek termasuklah Airbnb.

Laporan itu juga menambah bahawa 300,000 orang kini berada dalam senarai menunggu untuk program perumahan sosial di England, yang mana harga purata rumah adalah bernilai sekitar $535,000.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: