Tempatan

Peruntukan Kecil Komuniti India, Timbang Semula Bajet 2022 – PHPP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PULAU PINANG, 15 November 2021 – Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHPP) dalam sebuah kenyataan rasmi telah menyuarakan kekesalan mereka dengan peruntukan bajet bagi kaum India yang dikira terlalu kecil jika dibandingkan dengan peruntukan untuk Bumiputera. Mereka turut mengusulkan supaya kerajaan mempertimbang usul untuk menambah peruntukan bagi kaum India.

“Slogan “Keluarga Malaysia” oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dikatakan mengutamakan nilai-nilai, perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, “keluarga” tidak nampak pengagihan belanjawan yang adil dalam Bajet 2022. Bajet 2022 jelas menunjukkan ketidaksamarataan yang ketara antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, terutamanya kaum India, walaupun kesemua kaum membentuk kesatuan ‘Keluarga Malaysia’,” kata Presiden Hindu Pulau Pinang (PHPP), P. Murugiah

Di samping itu, beliau turut mempersoalkan jurang antara bajet bagi Bumiputera (RM11.4 bilion) dengan bukan Bumiputera (RM345 juta) yang dikira terlalu ketara, di mana hanya 3% daripada keseluruhan peruntukan tersebut adalah untuk bukan Bumiputera.

“Dari 3% tersebut hanya RM145 juta dikhususkan kepada masyarakat India,” tambah beliau.

Oleh yang demikian, P. Murugiah selaku Presiden PHPP memohon supaya bajet bagi kaum bukan Bumiputera dinaikkan kepada 5% (RM587 juta) dari keseluruhan peruntukan Bajet 2022.

“Bumiputera dan bukan Bumiputera, termasuk bangsa India, kesemuanya adalah penyumbang kepada hasil kutipan cukai negara yang juga merupakan sumber kepada pembangunan dan kepesatan ekonomi. Justeru, sebuah peruntukan yang tidak bersifat diskriminasi perlu diperkenalkan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: