Tempatan

Tular Video Makanan Berulat Di Bazar Putrajaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 15 April 2022 – Semalam tular sebuah rakaman video yang menunjukkan penemuan ulat dalam makanan yang dibeli di Bazar Ramadan Putrajaya.

“Tak tipu jam 5.20 petang aku dekat sana. Berharga RM30 ada ulat. Kalau RM30 tak sedap aku boleh terima. Tapi RM30 kau dapat ulat nak berbuka puasa.”

BACA: Keputusan Saman Sekolah Vernakular di Mahkamah Tinggi Kalah

BACA: Vaksin AstraZeneca Ada Babi: Malaysia Akan Kaji Bahan Dalam Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

Menurut pemilik akaun TikTok @mexsimustakasima33 beliau telah membeli sebungkus mi goreng berlaukkan sotong gergasi dengan harga RM30 di kedai Mee Tonggek ketika berkunjung di Bazar Ramadan Putrajaya.

Katanya, beliau terpaksa memuat naik rakaman video berkenaan kerana telah cuba membuat aduan di laman web Perbadanan Putrajaya namun gagal kerana masalah teknikal.

“Kepada Perbadanan Putrajaya tolonglah cek kedai. Kesian pengguna yang lain, kesian kat budak-budak kalau makan benda-benda macam ni. Diorang main makan je. Nasib baik aku pasang lampu terang lagi, tengok-tengok ada ulat.”

Ekoran tular kes berkenaan, Perbadanan Putrajaya turut mengeluarkan satu kenyataan dan memaklumkan pihaknya akan terus menjalankan pemantauan kebersihan di bazar berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: