Tempatan

Bazar Ramadan: Dua Aduan Keracunan Makanan Diterima KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 April 2023 – Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima dua laporan kejadian keracunan makanan sehingga 13 April 2023 yang berlaku di bazar Ramadan.

Menurut kenyataan KKM yang dimuat naik di laman Facebook rasminya semalam, kedua-dua kejadian tersebut disebabkan oleh makanan yang telah dibeli di bazar Ramadan iaitu di bazar Ramadan Asia City, Kota Kinabalu, Sabah dan bazar Ramadan UiTM Segamat, Johor.

Kesemua kes berkenaan telah pun mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berdekatan.

Katanya, empat notis kompaun atas kesalahan tidak mematuhi pakaian pengendali makanan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah dikeluarkan kepada peniaga bazar UiTM Segamat.

BACA JUGA: Kemarau Sukarkan Pembekalan Air Bersih Di Kelantan Menjelang Raya

BACA JUGA: 3 Juta Kenderaan Dijangka Banjiri Pulau Pinang Raya Ini

BACA JUGA: Kemasukan Ke Wad Kes Covid-19 Meningkat 26%

Malah, tapak bazar Ramadan UiTM Segamat juga telah diarahkan tutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Kenyataan yang sama turut memaklumkan, sebanyak 2,188 notis di bawah Seksyen 32B, Akta Makanan 1983 dengan anggaran nilai kompaun berjumlah RM197,600 telah dikeluarkan kepada pemilik premis, wakil premis dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan seperti tidak menjalani latihan pengendali makanan, tiada suntikan anti-tifoid dan pakaian pengendali makanan.

“Sehingga 18 April 2023, KKM telah menerima sebanyak 17 aduan makanan di bazar Ramadan 2023 di seluruh negara. Sebanyak 15 aduan telah selesai disiasat manakala dua (2) masih dalam proses siasatan. Tindakan pembetulan serta nasihat telah diberikan kepada pengusaha premis yang terlibat,” memetik kepada kenyataan itu.

Justeru, pihak KKM menyarankan orang ramai agar sentiasa peka dengan aspek keselamatan makanan dengan memastikan amalan pengendalian makanan yang bersih.

KKM turut menasihati orang ramai agar mengamalkan sanitasi terutamanya sewaktu menyediakan juadah Hari Raya atau ketika menganjurkan rumah terbuka.

“Sentiasa amalkan kebersihan diri seperti membasuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas. Sila “lihat, hidu dan rasa” sebelum makan dan jadikan ianya amalan sebagai langkah menghindari keracunan makanan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: