Tempatan

PM Gesa Hapus Aktiviti Ejen Monopoli Tapak Berniaga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 23 Disember 2022 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggesa aktiviti ejen memonopoli tapak penjaja berniaga dan tapak bazar Ramadan dihentikan, lapor berita tempatan.

Beliau memaklumkan bahawa kegiatan tersebut memaksa peniaga dan penjaja menggunakan khidmat ejen berkenaan kerana lesen diberi kepada mereka terlebih dahulu sebelum berpindah ke penjaja.

Anwar juga menegaskan agar seluruh negara menghentikan amalan itu dan memastikan keadaan rakyat tidak terjejas.

“Berapa ramai nak cari tempat perniagaan begitu susah. Saya percaya sama juga seperti pasar Ramadan itu dimonopoli beberapa kalangan orang yang mahu berniaga.”

“Mereka bangun pagi masak pada bulan puasa dan waktu berbuka puasa kerana perlu bayar sewa tapi bayar ejen yang monopoli tapak terbabit,” ujarnya dalam ucapan perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau berpendapat, usaha ini tidak susah sama sekali untuk membantu para peniaga kecil dan sekiranya sebahagian besar berjaya dihapuskan, tempat perniagaan boleh dinaik taraf kepada yang lebih baik.

“Sekiranya boleh dilakukan sebahagian besar masalah boleh dileraikan kemudian kita angkat (naik taraf) tempat perniagaan lebih baik,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker