Tempatan

Ramalan Cuaca Khas Sempena Hari Raya Aidiladha

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan ramalan laporan cuaca di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, pada Khamis dan Jumaat ini.

Pada Khamis pagi, METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan atau ribut petir akan turun di hampir seluruh Malaysia, kecuali negeri-negeri Pantai Timur, Johor, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur.

BACA JUGA: Kes Adib: 17 Tertuduh Dibebaskan

BACA JUGA: Mahkamah Persekutuan Tolak Undang-Undang Pencen ‘Tidak Berperlembagaan’

BACA JUGA: Empangan Mula Merosot, 1 Berada Di Tahap Kritikal

Begitu juga pada waktu petang, kebanyakan kawasan diramal akan menerima hujan atau ribut petir kecuali Melaka, WP Putrajaya dan WP Labuan.

Pada sebelah malam pula, keadaan mereda dengan hujan turun hanya di beberapa tempat iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah.

Sementara pada hari Jumaat, cuaca diramalkan hujan atau ribut petir di beberapa tempat di sebelah pagi iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.

Pada sebelah petang pula, hujan dan ribut petir dijangka melanda di semua negeri kecuali Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur, W Putrajaya dan WP Labuan.

Seterusnya, cuaca kemungkinan mereda di seluruh negara kecuali Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Secara amnya tiada cuaca yang signifikan dan ekstrem dijangka berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidiladha 2023.”

“Walau bagaimanapun, kejadian ribut petir dijangka masih boleh berlaku di beberapa negeri. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian ribut petir,” kata jabatan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: