Tempatan

Masalah Kami Dengan SUHAKAM Bila SUHAKAM Tidak Hormat Akta SUHAKAM – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Saya ingin menjawab laporan TMI ini.

Satu saya tidak pernah mendakwa SUHAKAM tidak pernah mengadakan program bersama-sama agamawan atau dianggotai oleh pesuruhjaya Muslim yang berwibawa. Laporan TMI ini menyenaraikan aktiviti SUHAKAM yang melibatkan beberapa tokoh dan aktivis Muslim. Sebenarnya ini tiada masalah dan digalakkan. MACSA sendiri pernah mengadakan aktiviti bersama Pengerusi SUHAKAM lepas untuk meningkatkan kesedaran hak OKU di masjid. Ada masjid-masjid tidak mengambilkira kepentingan OKU dan kita mahu pertingkatkannya. Sebab itu kita tidak pernah mendakwa sedemikian. Malah menggalakkan. Pelik betul laporan ini.

Masalah timbul apabila SUHAKAM yang lepas mengangkat agenda yang bertentangan Perlembagaan. Kepada yang mengikuti saya, mereka tahu saya berdebat di Parlimen dengan pesuruhjaya SUHAKAM sendiri yang memperjuangkan ICERD dan membelakangkan Perlembagaan dan Akta SUHAKAM. Saya selalu kata HAM perlu ditingkatkan dan kita sokong SUHAKAM dalam isu HAM tetapi ia tidak boleh menjangkaui Perlembagaan semata-mata ingin mengikut kononnya hak universal. Ini tidak betul.

Samalah baru-baru ini. SUHAKAM mahu menjalankan research bagi mengiktiraf gender ketiga. Saya tak tahu ini geran mana. Research ini jelas menunjukkan bahawa SUHAKAM mahukan hasil research mengiktiraf gender ketiga. Apahal pula ini? Matlamat dan metodologi research ini jelas dan nyata mahu iktiraf gender ketiga. Bukan ke ini jelas pengiktirafan budaya liberal barat yang tidak secocok dengan nilai budaya dan Perlembagaan kita. (Untuk debat jantina atau gender Perlembagaan sila lihat posting saya yang lepas). Dah tak betul. Laporan TMI ni pula tidak mengiktiraf masalah ini.

Pada setiap masa di atas berlaku ada Muslim berwibawa di SUHAKAM ketika ia diluluskan Suhakam. Hujah terdapat seorang dua Muslim berwibawa di SUHAKAM pada sesuatu masa tidak relevan sebenarnya. Bila ditanya kenapa mereka luluskan kami diberi pelbagai alasan seperti terlepas pandang atau ini semata-mata research. Yang baik kita sambut tetapi yang salah kita kritik. Ini yang berlaku SUHAKAM sebelum ini yang mahu mengiktiraf gender ketiga. Cemas Kerajaan dan seluruh negara. Kini sebahagian besar SUHAKAM tidak bersetuju dengan ini. Sebab itulah kita menyokong pendirian mereka. Isu pengiktirafan gender ketiga tiada lagi timbul di bawah SUHAKAM kini. Sebab itu kita pertahankan.

Laporan akhbar ini juga jelas menutup mata ke atas tindakan dan perancangan liberal. Saya sudah tulis mengenai ini. Dari tarikh mula SUHAKAM ini dilantik SUARAM memang dengan jelas mengkritik SUHAKAM. Ini belum kira Patto, Theresa dan beberapa NGO lain. Lihat posting saya sebelum ini. Belum lagi menjalankan kerja sudah kritik melulu atas alasan memperkenalkan nilai HAM acuan tempatan berdasarkan Perlembagaan. SUARAM sendiri tak betul. Mereka dari awal pada saya sudah ada malice/buruk sangka. Sebab itu saya lihat sidang media SUARAM mengkritik SUHAKAM baru-baru ini sebahagian dari gerakan untuk menjatuhkan SUHAKAM kini. Mereka mahu menukar SUHAKAM mengikut citarasa mereka. Persoalannya siapa yang bersekongkol dengan mereka.

Saya ingin ulang kembali, apa yang baik kita sokong. Ada beberapa triti dan inisiatif yang kita boleh bekerjasama untuk meningkat HAM di Malaysia. Kami juga menggalakkan tokoh Muslim menjadi pesuruhjaya SUHAKAM seperti yang dinyatakan dalam laporan akhbar dan mengalu-alukan banyak lagi aktiviti inklusif bersama NGO Islam lagi. Kami tidak halang engagement dengan NGO kiri atau liberal.

Yang menjadi masalah pada kami apabila SUHAKAM sendiri tidak menghormati mandat Akta SUHAKAM. Tidak hormati persempadan Perlembagaan dan nilai budaya kita. SUHAKAM-SUHAKAM lepas banyak dikritik akibat ini. Media English mungkin memuji mereka tetapi rakyat umum tidak begitu. ICERD amatlah jelas sehingga Kerajaan sendiri mengakui untuk hormati Perlembagaan.

Untuk dana pendidikan luar negara seperti EU, saya ulangi pendirian saya mengenai foreign funding. Pakailah dana tempatan. Dana-dana sebegini mempunyai syarat. Walaupun bercorak pendidikan ada yang mungkin mengikat dengan nilai tidak secocok dengan nilai kita misalnya gender ketiga. Kalau nak pakai juga mestilah transparent kepada siapa, skop dan syaratnya. Malah kalau tak silap, saya difahamkan perbalahan timbul juga akibat pihak yang memihak EU mahukan orang tertentu menyelia dana itu. Wallahualam. Cukuplah. Kerajaan patut sediakan wang secukupnya untuk membuat kajian pendidikan dan program kesedaran.

Pautan asal: FB Lukman Sheriff
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: