Tempatan

20 Siri Gempa Bumi Lemah DiKesan Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Julai 2022 – Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan akhbar semalam melaporkan telah berjaya mengesan 20 siri kejadian gempa bumi di sekitar kepulauan Andaman dengan magnitude lemah iaitu kurang daripada 5.0 skala richter.

Menurut MET Malaysia, berdasarkan pemantauan, analisis data serta maklumat seismoligi dan tsunami, MET Malaysia tidak menjangkakan bahawa kejadian tersebut berpotensi untuk mengakibatkan tsunami yang akan memberikan kesan kepada Malaysia.

Bagaimanapun, MET Malaysia menasihatkan semua pihak untuk sentiasa merujuk kepada maklumat terkini yang dikeluarkan oleh pihak mereka. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat melalui laman web Jabatan Meterologi Malaysia, www.met.goc.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: