Tempatan

PERHATIAN, Sibu Dijangka Dibadai Ribut Petir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2023 – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Sarawak hari ini melibatkan kawasan Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau).

Dalam amaran yang dikeluarkan pagi ini, METMalaysia menjangkakan bencana itu dijangka berlarutan sehingga tengahari ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.”

BACA JUGA: PATI, Imigran, Pelajar Asing Lubuk Pegawai Korup – SPRM

BACA JUGA: Bukan Takat Kutip Duit, Along Mula Hina Islam! – PPIM

BACA JUGA: Dekonstruksi KWSP: Pinjam Cagar Jika Bukan Untuk Kaya, Ia Kerja Gila! – Hezri Sardi

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata jabatan itu.

Dalam kenyataan berasingan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pagi ini memaklumkan kesemua mangsa banjir di Sibu telah dibenarkan pulang dan kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: