Tempatan

Aidiladha: Penjawat Awam Dapat Cuti Tambahan, Swasta Tidak Tertakluk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 28 Jun 2023 – Kerajaan Negeri Selangor memberikan cuti tambahan kepada penjawat awam pada Jumaat Ini, 30 Jun 2023 sempena Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari Khamis, 29 Jun 2023.

Kata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Haji Haris Bin Kasim, cuti tambahan itu selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

BACA JUGA: Mahkamah Persekutuan Tolak Undang-Undang Pencen ‘Tidak Berperlembagaan’

BACA JUGA: 53 Kes Penyakit Akibat Cuaca Panas Direkodkan, 1 Kematian

BACA JUGA: Kes Adib: 17 Tertuduh Dibebaskan

“Kemudahan cuti ini adalah khusus kepada semua penjawat awam di Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri sahaja.”

Walau bagaimanapun katanya, Badan Berkanun, Anak Syarikat Kerajaan Negeri dan pihak Swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan tersebut dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 (Akta 265).

“Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat Negeri Selangor,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: