Tempatan

Peninggalan Sejarah Milik Melaka Bakal Dipulangkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 13 Mei 2023 – Bahan peninggalan sejarah dan manuskrip milik Melaka pada era penjajahan Belanda pada tahun 1641 sehingga 1824 akan dipulangkan, kata Duta Besar Belanda ke Malaysia, Jacques Werner.

Katanya, kerajaan Belanda sedia membantu Melaka untuk membawa pulang artifak berharga tersebut dan sedang mengumpul maklumat terperinci berhubung perkara berkenaan.

BACA JUGA: 1,956 Kes Denggi Direkodkan Minggu Lepas – KKM

BACA JUGA: JB Car Free Day: Beberapa Jalan Di Johor Bahru Ditutup Esok

BACA JUGA: Kerajaan Takut Orang Melayu Bersatu Bangkit Menentang Dasar – Hj Aminuddin Yahaya

“Jika sekiranya apa-apa barangan bersejarah milik Melaka yang telah diambil semasa era penjajahan Belanda, kita sedia memulangkannya semula.”

“Tetapi jika tinggalan sejarah itu milik mutlak Belanda ketika menjajah Melaka, kami bersedia bekerjasama untuk membawanya ke sini untuk dipamerkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutupan Bengkel Kelestarian Pameran Kolonial Belanda di Bangunan Stadthuys, Banda Hilir, Melaka, pada Khamis lalu.

Menurutnya, pihaknya akan membantu Melaka untuk mendapatkan lebih banyak bahan peninggalan sejarah dan manuskrip sewaktu era penjajahan untuk dipamerkan di Bangunan Stadthuys.

Namun, pihaknya memerlukan masa untuk mendapatkan kebenaran dari galeri swasta atau milik individu lain bagi membolehkan tinggalan sejarah penjajahan Belanda dibawa ke Melaka.

“Kita menyedari terdapat keinginan besar Kerajaan Negeri untuk mempunyai lebih banyak peninggalan sejarah dari Belanda untuk dipamerkan. Kita memerlukan masa untuk mendapatkan kebenaran daripada galeri swasta dan individu lain di Belanda bagi berkongsi minat agar koleksi mereka dapat dipamerkan di Melaka nanti.”

“Saya sedia membantu dengan cuba mendekati institusi dan juga individu di Belanda jika mereka sanggup menyerahkan peninggalan sejarah yang berada dalam simpanan untuk dipamerkan di sini,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: