Tempatan

Babi Hutan Bermaharajalela Di Tanah Terbiar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 17 Februari 2023 – Secara purata, kira-kira 51 ekor babi hutan ditembak pada setiap bulan di Melaka sebagai usaha membendung serangan babi hutan terhadap tanaman dan keselamatan penduduk yang bagai tiada kesudahan.

Meskipun pelbagai langkah menghapuskan haiwan perosak itu sudah diambil pihak berwajib, populasi babi hutan dilaporkan terus meningkat saban tahun antaranya kerana kawasan tanah terbiar yang banyak di negeri itu.

BACA JUGA: Penduduk Selayang Mengamuk Pasar Borong ‘Dijajah’ Pelarian Rohingya

BACA JUGA: PERHATIAN, Ribut Petir Bakal Langgar 5 Negeri Hari Ini

BACA JUGA: Aplikasi Terkenal Tawar Pinjaman, Semakin ‘Mudahlah’ Orang Hendak Meminjam – PPIM

Menurut laporan yang dikeluarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), Melaka mempunyai sebanyak 1,915 lot tanah terbiar dengan keluasan mencecah 2,332.30 hektar pada tahun lalu.

“Definisi tanah terbiar itu merujuk kepada tanah darat atau sawah berkeluasan minima 0.4 hektar yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut.”

“Jabatan Pertanian negeri telah mengenal pasti 871 lot tanah terbiar di Melaka Tengah, diikuti dengan Alor Gajah sebanyak 832 lot dan Jasin 212 lot.”

Meskipun kawasan terbabit sesuai untuk pertanian, Kerajaan Negeri dan pihak berwajib tidak boleh membangunkannya tanpa kebenaran pemilik.

Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Negeri, Mohd. Firrdhaus Mahmood berkata, kawasan semak dan tanah kosong yang terbiar mengundang haiwan berkenaan untuk beradaptasi dengan persekitaran manusia dan seterusnya membiak.

Lebih membimbangkan katanya, babi hutan bukan hanya tinggal di hutan, malah kini sentiasa dilihat berada di kawasan penempatan manusia untuk mencari makan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: