Tempatan

Melaka Pergiat Usaha Bawa Pulang Artifak Kesultanan Melayu Dari 14 Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AYER KEROH, 30 Julai 2023 – Kerajaan Melaka kini giat berusaha membawa pulang artifak dan bahan bersejarah Kesultanan Melayu Melaka dari 14 buah negara seluruh dunia.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk dan dianggotai beberapa orang penyelidik bagi memastikan artifak-artifak berkenaan dapat dibawa pulang.

BACA JUGA: Bulan Kemerdekaan: Peniaga Diseru Kibarkan Jalur Gemilang Di Premis

BACA JUGA: Pilihan Raya: Bayaran Tiket Bas, Ole-Ole, Satu Kesalahan – SPRM

BACA JUGA: PRN: Dilarang Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan – CAAM

Maklum beliau, “Apabila artifak-artifak ini terjumpa oleh penyelidik-penyelidik ini datang bawa kepada saya, saya akan memberikan galakan kepada penyelidik untuk membawa balik artifak-artifak yang ada di Okinawa, di Vatican City, di India, di Turkiye di Muzium Topkapi.”

Menurutnya, ini menunjukkan kehebatan sejarah Kesultanan Melayu Melaka pimpinan Laksamana Hang Tuah yang berada di 14 buah negara dalam dunia sewaktu zaman kehebatan Melaka dahulu.

Beliau berkata sedemikian dalam sebuah sidang media selepas merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Huffaz 2022 Melaka baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: