Tempatan

Pembinaan Lapangan Terbang Tioman Batal – Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2023 – Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman dibatalkan selepas mendapati ia berpotensi untuk memberikan impak negatif yang sangat ketara kepada alam sekitar.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri secara dasarnya bersetuju untuk tidak meneruskan pembinaan lapangan terbang antarabangsa Tioman baharu yang melibatkan 76 peratus kawasan tambakan laut.

BACA JUGA: Badan Khusus Dan Bajet Kerajaan Pusat Perlu Bantu Pulih Tasik Chini

BACA JUGA: Curi Air, Kilang Besi Berdepan Denda Dan Hukuman Penjara

BACA JUGA: Lebih Separuh Premis Awam Tidak Mencapai Standard Mesra OKU – KPWKM

Jelasnya, keputusan tersebut diputuskan kerana pembinaan lapangan terbang itu adalah tidak selari dengan misi kementerian yang mengutamakan pemeliharaan, pemuliharaan dan penggunaan sumber asli dan alam sekitar secara optimum dan bertanggungjawab.

“Kementerian telah mengambil maklum kebimbangan disuarakan kerana penebusan kawasan perlindungan marin akan mengakibatkan kemusnahan terumbu karang yang merupakan habitat penting pelbagai spesies hidupan laut.”

“Walaupun hasrat pembinaan lapangan terbang baharu adalah untuk menarik lebih ramai pelancong, namun ia akan merosakkan tarikan semula jadi Pulau Tioman yang membawa kepada pelancongan yang tidak mampan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan projek berkenaan berisiko menyebabkan kerosakan fizikal dan kehilangan habitat kepada ratusan hidupan marin di kawasan itu.

Laporan EIA oleh Jabatan Alam Sekitar turut mengenal pasti 120 spesies batu karang keras dan 12 spesies batu karang lembut di kawasan itu akan terancam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: