Antarabangsa

Rak Bahan Mentah Pasaraya Kosong, Petani Belanda Sekat Bekalan Makanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BELANDA, 10 Julai 2022 – Rak pasaraya dipercayai di Belanda kelihatan kosong dari segala bahan mentah susulan beribu-ribu petani Belanda menyekat pengedaran bekalan berkenaan sebagai tanda protes terhadap peraturan alam sekitar baharu yang dikenakan kerajaan negara berkenaan.

Kerajaan Belanda sebelum ini mengeluarkan cadangan untuk mengurangkan pelepasan bahan pencemar merosakkan iaitu nitogren dioksida dan ammonia yang dihasilkan ternakan.

Lapor sebuah media, kerajaan Belanda menegaskan agar pelepasan gas berkenaan mesti dikurangkan secara drastik sebanyak 50 peratus di seluruh negara menjelang 2030 demi meningkatkan kualiti air, tanah dan udara.

Tindakan kerajaan Belanda itu mencetuskan kemarahan apabila para petani dan ribuan orang yang turut bekerja dalam industri pertanian kehilangan mata pencarian mereka.

Menurut akhbar Al-Jazeera, para petani turut melakukan protes dengan meletakkan traktor dan bal jerami yang besar bagi menghalang pintu masuk utama pusat pengedaran pasaraya.

Petani juga memakai baju kemeja-T memaparkan ‘Tiada petani, tiada makanan’.

Seorang petani bernama Jaap Zegwaard mengatakan bahawa para petani bukan pengeluar pencemaran sebaliknya mereka merupakan pengeluar makanan.

“Sekarang sektor pertanian dianggap sebagai pencemar utama, itu tidak betul,” kata Zegwaard.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: