Antarabangsa

Lelaki India Koyak Al-Quran & Cuba Langgar Jemaah Di Masjid Ontario

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ONTARIO, 11 April 2023 – Seorang lelaki India ditahan selepas cuba melanggar jemaah di sebuah masjid di sana awal minggu ini.

Media antarabangsa melaporkan, kejadian yang berlaku di Islamic Society of Markham (ISM) bermula apabila lelaki tersebut, Sharan Karunakaran memasuki masjid di Jalan Denison dan mengoyakkan senaskah al-Quran sambil melontarkan kata-kata perkauman dan Islamofobia terhadap jemaah yang berada di situ.

BACA JUGA: Bantuan Khas Aidilfitri Diawalkan, Selewatnya Jumaat Ini

BACA JUGA: Tentera Hilang Ketika Operasi Di Hutan Simpan Belum

BACA JUGA: Sarawak Bakal Bina Sekolah Islam Antarabangsa Pertama Tahun Depan

“Individu tersebut, apabila keluar dari masjid, kemudian cuba melanggar atau menyerang jemaah dengan kenderaannya,” kata ISM dalam satu kenyataan.

“Kami amat runsing dengan insiden ini, lebih-lebih lagi ia berdekatan dengan tarikh ulang tahun Serangan Keganasan London, di mana satu keluarga di London telah dibunuh akibat kebencian.”

Sementara itu, Datuk Bandar Markham, Frank Scarpitti menyifatkan insiden di ISM sebagai “tindakan kebencian.”

“Malam sebelum kejadian ini saya menyertai pemimpin lain untuk berbuka puasa bersama masyarakat Islam,” kata Frank Scarpitti dalam satu ciapan.

“Saya berterima kasih kepada mereka atas semua sumbangan mereka. Markham mengutuk sekeras-kerasnya #Islamofobia dan kami bersolidariti dengan komuniti Islam Markham.”

Polis Wilayah York memaklumkan, lelaki tersebut telah berada dalam tahanan berikutan serangan itu.

Sharan Karunakaran didakwa mengeluarkan ugutan, memandu secara berbahaya dan menyerang dengan senjata. Dia dijadual hadir di mahkamah pada hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: