Antarabangsa

Agensi Perkhidmatan Rahsia AS Larang Datuk Bandar Muslim Hadiri Jamuan Eid Rumah Putih

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 03 Mei 2023 – Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) telah menghalang seorang Datuk Bandar yang beragama Islam daripada Prospect Park, New Jersey daripada menghadiri sambutan White House bersama Presiden Joe Biden.

Sambutan tersebut diadakan bagi menyambut pengakhiran Ramadan dan sambutan Aidilfitri di mana sambutan tersebut dilangsungkan pada Isnin lalu.

Sebelum sampai ke White House bagi menghadiri majlis tersebut, Datuk Bandar, Mohamed Khairullah telah menerima panggilan daripada White House menyatakan bahawa beliau tidak dibenarkan masuk ke bangunan White House oleh Perkhidmatan Rahsia AS.

BACA JUGA: Teknologi AI: 83 Juta Jawatan Bakal Dihapuskan

BACA JUGA: Tular Polis Bantuan Didakwa Buat Lagak Samseng Jalanan Di DUKE

BACA JUGA: Peguam Melayu Pertikai Mengapa Wali Diwajibkan Untuk Pengantin Perempuan

Justeru Khairullah tidak dibenarkan menghadiri sambutan yang mana pada majlis tersebut Presiden Joe Biden telah membuat ucapan beliau kepada ratusan hadirin lain yang bersama.

Jurucakap Perkhidmatan Rahsia AS, Anthony Guglielmi telah mengesahkan bahawa Khairullah tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan tersebut namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai sebab halangan itu.

Datuk Bandar itu telah dilantik bagi penggal kelima beliau bagi jawatan tersebut pada bulan Januari tahun ini.

Khairullah yang sebelum ini telah membuat kerja-kerja amal kemanusiaan di Syria dan Bangladesh pernah juga ditahan dan disoal siasat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York berkenaan dengan hal keganasan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: