Antarabangsa

Kenapa Kita Tak Bela Umat Islam Yang Dizalimi India? – Ilhan Omar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 14 April 2022 – Ilhan Omar, Anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) mendesak salah seorang pegawai diplomat kanan Presiden Joe Biden, Wendy Sherman mengenai sokongan negara tersebut terhadap isu minoriti Muslim di India yang disifatkannya sudah sekian lama berlanjutan.

Beliau bertanya secara langsung kepada Wendy Sherman berkenaan sokongan AS terhadap kerajaan India pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi yang ‘mempromosikan wilayah yang bebas dan terbuka’ serta mengecam tindakan AS yang enggan mengkritik secara terang-terangan.

“Sejauh mana pentadbiran Modi perlu menjenayahkan tindakan menjadi Muslim di India untuk kita bersuara? Apa lagi yang perlu dilakukan untuk kita mengkritik tindakan yang dilakukan kerajaan Modi terhadap minoriti Islam?” soal beliau.

Menurut laporan Anadolu Agency, pegawai diplomat Wendy Sherman bersetuju bahawa pentadbiran AS harus berdiri “untuk setiap agama, setiap etnik, setiap kaum, setiap kualiti diversiti di dunia ini”.

Tambahan pula, kedua-dua individu itu bersepakat mengharapkan Amerika Syarikat bukan sahaja mampu mempertahankan diri dari musuh, tetapi juga terhadap sekutu.

Pihak AS telah mengambil maklum berkenaan hak kemanusiaan di India hasil laporan daripada pegawai-pegawai New Delhi.

Menurut beberapa kumpulan hak asasi antarabangsa, orang Islam di India telah dinafikan hak mereka untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing ketika berada di bawah pemerintahan Modi dan parti sayap kanan Bharatiya Janata Party (BJP).

Pada 2021, Human Rights Watch melaporkan bahawa pengaruh BJP telah menyusup masuk dalam institusi bebas seperti polis dan mahkamah sekaligus memberi kuasa kepada kumpulan nasionalis untuk mengugut, mengganggu serta menyerang golongan minoriti agama ini tanpa dihukum.

Telah dimaklumkan juga bahawa Modi dan BJP menguatkuasakan undang-undang dan dasar yang jelas mendiskriminasikan orang Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: