‘Gelombang Hijau’ Retorik Islamfobia, Label Malas – Ong Kian Ming
BANGI, 27 Jun 2023 – Mantan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming telah mengeluarkan kenyataan bahawa naratif ‘Gelombang Hijau’ adalah tidak tepat. Sentimen yang sama juga sebelum ini pernah dinyatakan oleh mantan Ahli Parlimen UMNO, Khairy Jamaluddin.
Menurut kenyataannya, naratif tersebut adalah bersifat “malas” yang mana ianya tidak memadai untuk menyatakan kerumitan pilihan raya yang semakin meningkat di negara ini dan menyondong kepada naratif Islamofobia.
BACA JUGA: Gurauan Minta No Telefon Pelajar Perempuan, PMX Ditegur Tokoh Media
BACA JUGA: WASPADA! Aplikasi “Pink Whatsapp” Bawa Risiko Keselamatan Serius, MCMC Gesa Tidak Muat Turun
BACA JUGA: Empangan Mula Merosot, 1 Berada Di Tahap Kritikal
Menurutnya, naratif ‘Gelombang Hijau’ itu adalah tidak tepat atas beberapa sebab, antaranya ialah naratif tersebut tidak mengendahkan peningkatan yang signifikan yang dibuat oleh parti Bersatu yang telah berjaya mendapatkan 30 kerusi pada PRU15.
Seterusnya, naratif tersebut juga tidak mengendahkan kelebihan yang diperolehi PAS dalam menggunakan bendera PN dalam kempen mereka di negeri-negeri di luar Kelantan dan Terengganu.
Menurut Ong lagi, naratif tersebut telah mengalih perhatian daripada sebab utama kenaikan jumlah undi bagi PN iaitu keruntuhan sokongan terhadap UMNO pada semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Negeri Sembilan dan Johor.
Ujarnya lagi, ketidakpuasan hati para pengundi terhadap UMNO khususnya terhadap kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi telah memberikan kelebihan kepada PN.
Menurutnya juga, naratif ‘Gelombang Hijau’ ini juga adalah bersifat “peninsular-centric” yang tidak mengambil kira pola pengundian di Sabah dan Sarawak, di mana PN gagal untuk membuat sebarang peningkatan yang ketara pada Pilihan Raya Umum sebelum ini.
Beliau juga turut menyatakan bahawa sentimen tersebut tidak membantu, khususnya pada pemahaman tentang tuntutan berbeza daripada komuniti Melayu yang berpelbagaian di negara ini.