Antarabangsa

Jutaan Rakyat Amerika Peluk Islam Setelah 9/11

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

AMERIKA SYARIKAT, 13 September 2021 – Serangan 11 September di Amerika Syarikat yang dilaporkan dilakukan oleh pelampau Islam telah menimbulkan perasaan ingin tahu yang kuat di kalangan orang ramai mengenai Islam.

Jutaan rakyat Amerika telah mula diperkenalkan pada Islam buat pertama kali kerana peristiwa itu, dan ramai telah memilih untuk memeluk agama Islam.

Di antara tahun 2000-2010, jumlah umat Islam di Amerika Syarikat telah berkembang dari anggaran 1 juta orang sehingga menjadi 2.6 juta orang.

Peningkatan mendadak 67 peratus ini telah menjadikan Islam sebagai agama yang paling cepat berkembang di Amerika Syarikat menurut US Religion Census.

Pada tahun 2017, jumlah umat Islam di Amerika Syarikat dijangkakan telah meningkat menjadi 3.45 juta orang, menurut Pew Research.

Walaupun perkembangan ini berlaku dengan cepat, jumlah umat Islam di Amerika Syarikat masih lagi terlalu kecil, cuma 1 peratus sahaja, berbanding keseluruhan populasi di USA pada tahun 2020, menurut Institut Kajian Agama Awam.

Jumlah ini adalah terlalu kecil berbanding Kristian yang merangkumi 70% dari populasi, manakala 23% lagi rakyat Amerika mendakwa mereka tidak mempunyai sebarang kepercayaan agama.

Aktivis di Ohio merangkap delegasi Democratic National Convention, Cynthia Cox Ubaldo telah memilih untuk memeluk agama Islam selepas peristiwa 11 September.

Menurut Cynthia, beliau mula tertarik kepada Islam apabila melakukan kajian pada ajaran agama yang dituduh kononnya telah memotivasikan serangan tersebut.

Setelah melakukan kajian sendiri, Cynthia mendapati ajaran agama Islam sebenarnya langsung tidak sama dengan apa yang dituduh oleh media dan orang ramai.

Setelah pengislamannya, Cynthia telah menghadapi pelbagai siri diskriminasi dan serangan kerana agamanya dan pakaiannya yang menutup aurat.

Ramai rakyat Amerika sedar akan hakikat penganiayaan terhadap umat Islam ini. 82 peratus dari penduduk Amerika Syarikat yang ditemuramah oleh Pew Research pada 2019 berkata mereka tahu akan kewujudan diskriminasi terhadap umat Islam.

Dr Ihsan Bagby, Profesor Madya University of Kentucky memandang situasi ini dari sudut yang positif, kerana menurutnya, diskriminasi ini akan membina jati diri yang kuat di kalangan umat Islam.

“Kamu akan menjadi lebih kuat ketika menghadapi rintangan,” beliau berkata. “Saya rasa kebencian orang ramai pada umat Islam di beberapa segmen lapangan awam sebenarnya membuatkan umat Islam menjadi lebih kuat imannya.”

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: