Bantuan Khas Aidilfitri Diawalkan, Selewatnya Jumaat Ini
PUTRAJAYA, 11 April 2023 – Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri (BKKA) diawalkan pada minggu ini selewat-lewatnya pada Jumaat, 14 April 2023.
Menurut kenyataan media Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, keputusan itu akan memanfaatkan hampir satu juta penerima yang terdiri dalam kalangan pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan.
BACA JUGA: Sarawak Bakal Bina Sekolah Islam Antarabangsa Pertama Tahun Depan
BACA JUGA: Belum Ada Bas Tambahan Raya Ini
BACA JUGA: Ujian Teori Pengambilan Lesen Vokasional PSV & GDL Dimansuh Serta Merta
Malah, ia juga memberi manfaat kepada sukarelawan beruniform seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Bomba dan Sukarelawan Polis.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa bagi penjawat awam dengan Gred 56 dan ke bawah termasuklah pegawai atau kakitangan lantikan kontrak, bayaran BKKA juga akan diawalkan daripada 17 April 2023 ke 14 April 2023 ini bersama dengan bayaran emolumen bulan April.
“Bayaran BKKA untuk pesara juga akan diawalkan ke 14 April 2023,” kata beliau lagi.