Antarabangsa

La Nina Dijangka Berlarutan Hingga Akhir Tahun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 03 September 2022 – Fenomena La Nina dijangka berlarutan hingga akhir tahun ini menurut agensi cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

La Nina ialah penyejukan semula jadi dan kitaran bahagian Pasifik khatulistiwa yang mengubah corak cuaca di seluruh dunia, berbanding dengan pemanasan disebabkan oleh El Nino, yang lebih dikenali sebagai fenomena bertentangan.

Fenomena ini turut diberi ‘triple dip’ berdasarkan kesannya selama tiga tahun berturut-turut terhadap perubahan cuaca seperti kemarau dan banjir di seluruh dunia

Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) hari ini berkata keadaan La Nina, iaitu penyejukan suhu permukaan lautan secara besar-besaran, sudah bertambah kukuh di timur dan tengah khatulistiwa Pasifik dengan peningkatan pertukaran angin sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Setiausaha Agung WMO, Petteri Taalas, yang juga pegawai tertinggi agensi itu, turut memberi amaran bahawa ‘triple dip’ tidak bermaksud pemanasan global semakin reda.

“Adalah luar biasa untuk berlaku fenomena La Nina tiga tahun berturut-turut, pengaruh penyejukannya memperlahankan kenaikan suhu global buat sementara waktu, tetapi tidak akan menghentikan atau mengalihkan arah aliran pemanasan jangka panjang,” katanya.

Kajian menunjukkan La Nina lebih merosakkan di Amerika Syarikat (AS) berbanding El Nino.

La Nina sering membawa kepada lebih banyak taufan Atlantik, kurang hujan dan lebih banyak kebakaran hutan di barat AS selain kerugian pertanian di tengah AS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: