Tempatan

Dijangka Sehingga September, Orang Ramai Dinasihat Bersiap-Siaga Hadapi El Nino

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Jun 2023 – Negara dijangka memasuki fasa panas dan kering bermula hujung bulan depan sehingga September ini berikutan fenomena El Nino.

Pakar bidang Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Juliana Jalaludin berkata, ketiadaan hujan atau taburan hujan yang rendah dalam jangka masa lama mendorong keadaan cuaca panas dan menyebabkan kerap berpeluh.

“Kesannya, cecair dalam badan berkurangan seterusnya menyebabkan seseorang itu mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.”

BACA JUGA : Orang Awam Dijemput Beri Pandangan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Negara

BACA JUGA : Dakwaan Tinggalkan Perjuangan Islam Tidak Berasas, PM Mengaku Memperkasakan JAKIM

BACA JUGA : Masjid Pertama Anti-Gempa Dijangka Siap Ogos Ini

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar mengelakkan diri daripada terkena pancaran matahari terlalu kuat dan berada dalam bangunan atau rumah yang mempunyai pengudaraan yang baik dengan kipas atau kelengkapan pendingin hawa.

“Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh serta kurangkan minuman berkafein, mengandungi alkohol atau bergula,” tambahnya.

Jelasnya, sesetengah individu boleh mengalami mual atau muntah dan jika dehidrasi terlalu teruk, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kekeliruan dan tidak sedarkan diri.

Pada masa yang sama, Prof Juliana berkata, penjagaan kebersihan persekitaran turut penting semasa musim panas kerana udara lembap dan hangat menjadi habitat yang paling digemari nyamuk.

“Jika dulu nyamuk ini kerap muncul ketika musim hujan dan kemarau tetapi kini serangannya boleh dikatakan berlaku hampir di semua musim sepanjang tahun,” katanya.

Terdahulu Organisasi Meteorologi Dunia (WMO) menjangkakan kemungkinan El Nino bakal melanda Malaysia 60 peratus dan pada masa sama, fenomena itu diramal berakhir pada hujung September dengan kebarangkalian sebanyak 80 peratus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: