Antarabangsa

PBB Dikritik Gagal Masukkan Rejim Zionis Dalam Senarai Negara ‘Pembunuh Kanak-Kanak’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 23 Jun 2023 – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dikritik kerana tetap mengetepikan rejim haram aparteid Israel yang telah membunuh dan mencederakan sejumlah besar kanak-kanak Palestin daripada senarai negara pembunuh kanak-kanak.

Pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia telah membuat permintaan berulang kali supaya rejim haram aparteid Israel itu dimasukkan ke dalam senarai hitam PBB berhubung pembunuhan dan mencacatkan kanak-kanak Palestin di Tebing Barat.

BACA JUGA: Ingkar ‘Bond’ Parti, Mahkamah Arah Mantan Naib Presiden PKR Bayar RM10 Juta

BACA JUGA: Rider Digantung Tegur 2 Warga Singapura ‘Borong Minyak’, Siasat Semua Terlibat! – CIJ

BACA JUGA: Lembab Tangani Kandungan Memudaratkan, MCMC Ambil Tindakan Perundangan Terhadap Meta

Human Rights Watch mengalu-alukan keputusan PBB untuk menamakan Rusia dalam senarai itu, tetapi mengecam dan mengkritik keputusan Ketua PBB kerana gagal menyenaraikan rejim Zionis dalam senarai negara pembunuh kanak-kanak.

Pengarah Advokasi kumpulan itu, Jo Becker berkata keengganan menyenaraikan rejim haram aparteid Israel dalam senarai itu, hanya memberanikan tentera Zionis untuk menggunakan kekerasan maut yang menyalahi undang-undang terhadap kanak-kanak Palestin.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dalam satu laporan, mereka sangat bimbang dengan jumlah kanak-kanak Palestin yang dibunuh oleh tentera haram aparteid Israel pada 2022, namun rejim haram aparteid Israel tetap tidak pernah berada dalam senarai tersebut yang dikeluarkan oleh PBB.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour pada Khamis menggelar keputusan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk tidak menyenaraikan rejim haram aparteid Israel di dalam senarai negara pembunuh kanak-kanak sebagai kesilapan besar dan sangat mengecewakan rakyat Palestin dan kanak-kanak Palestin.

Laporan PBB itu juga mengutuk keganasan terhadap kanak-kanak yang terjadi di Republik Demokratik Congo, Somalia, Syria, Haiti dan negara lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: