Tempatan

9.76 Juta Rakyat Malaysia Hadapi Masalah Kekurangan Makanan Akibat Tekanan Ekonomi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 September 2022 – Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada tahun 2020 merekodkan seramai 9.76 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kekurangan makanan akibat tekanan ekonomi.

Daripada laporan tersebut, seramai empat juta daripada jumlah itu merupakan kanak-kanak yang terpaksa bergantung kepada jumlah makanan yang murah dan terhad.

Menurut Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Syarifa Ezat Wan Puteh, kajian yang dilakukan pihaknya pula mendapati, kanak-kanak yang menetap di kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah golongan paling terkesan dalam masalah nutrisi.

Pada pasca pandemik ini, jumlah mereka yang beralih kepada makanan murah meningkat dengan mendapatkan sumber zat daripada telur, nasi dan makanan segera, jelas beliau.

Dalam pada itu, Muhammad Najib Anuar, Pengerusi Pertubuhan Solidaritas iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang masih aktif menyalurkan kit makanan kepada golongan B40 mendedahkan situasi ikat perut itu sering berlaku kepada mereka yang mempunyai ramai anak atau bayi.

Selain itu, kajian juga menunjukkan ramai golongan M40 yang mempunyai pendapatan antara RM4,850 hingga RM10,959 telah beralih kepada B40 akibat pandemik COVID-19, manakala mereka yang berada dalam kategori miskin bandar pula terpaksa ‘ikat perut’ demi kelangsungan hidup.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan sebuah laporan yang mendedahkan bagaimana rumah yang pada asalnya dibina untuk membantu golongan berpendapatan rendah telah dibeli oleh golongan berada di pasaran terbuka.

Menurut laporan tersebut, rumah mampu milik pada asalnya dibina untuk golongan yang memerlukan, namun, pandemik COVID-19 yang telah merencatkan kegiatan ekonomi telah mengakibatkan rumah mampu milik ‘bertukar tangan’ kepada golongan berada.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: