Tempatan

Kerajaan Malaysia, OIC Dan PBB Disaran Mainkan Peranan Politik Sekat Kezaliman Di India – YADIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Mac 2022 – “Saya juga menyeru agar kerajaan Malaysia turut boleh memainkan peranan diplomatiknya agar umat Islam di India tidak dizalimi sedemikian rupa,”ujar Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan.

Beliau berkata demikian berikutan kes larangan berhijab dan penderitaan umat Islam di India yang sedang mengalami pembantaian oleh kerajaan dan penganut hindu di negara India ketika ini.

Jelasnya, masyarakat umat Islam antarabangsa mesti memandang serius perkara ini. Bahkan, ia sesuatu yang sangat bertentangan dengan hak asasi manusia.

“Sebagai umat Islam kita perlu membuat sesuatu dan membantu umat Islam di India,”katanya.

Justeru itu, bukan sahaja Organisation of Islamic Cooperation (OIC) dan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia perlu mengambil tindakan tegas dalam isu yang mengancam keselamatan nyawa umat Islam di India.

Bahkan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai badan penaung masyarakat antarabangsa perlu mengambil tindakan serius dan memainkan peranan mereka di dalam isu penting ini.

Menurut beliau, sangat jelas perbuatan dan ancaman serta ugutan ini sangat tidak bertamadun dan melanggar hak kemanusiaan sejagat.

“Malah, perlakuan ini amat bersalahan dengan apa yang diperjuangkan oleh Human Rights bahawa siapa sahaja berhak mengamalkan ajaran agama mereka,”katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: