Pendapat

KRISIS DEMOKRASI BERPARLIMEN DULU DAN KINI – Dr Amran Muhammad

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Dalam buku beliau THE CRISIS OF PARLIAMENTARY DEMOCRACY (1926), CARL SCHMITT menyatakan bahawa setiap bentuk pemerintahan/kerajaan – monarki, aristokrasi, demokrasi, dan lain-lain bentuk pemerintahan/kerajaan, kewujudan bentuk-bentuk pemerintahan/kerajaan ini bergantung/berpandu kepada prinsip-prinsip/dasar-dasar intelektual yang menjadi Falsafahnya. Schmitt mendakwa bahawa “semua peraturan dan norma DEMOKRASI BERPARLIMEN secara khusus mendapat makna dan menjadi bermakna melalui kefahaman dan penghayatan prinsip-prinsip/dasar-dasar PERBINCANGAN (DISCUSSION) dan KETERBUKAAN (OPENNESS).”

Justeru jika prinsip-prinsip/dasar-dasar PERBINCANGAN (DISCUSSION) dan KETERBUKAAN (OPENNESS) ini tidak lagi dipercayai, dihormati dan diikuti; maka amalan, prosedur dan protokol yang diperakui oleh Perlembagaan dalam DEMOKRASI BERPARLIMEN menjadi tidak bermakna sama sekali. Pada pandangan Schmitt, jika prinsip-prinsip/dasar-dasar PERBINCANGAN (DISCUSSION) dan KETERBUKAAN (OPENNESS) ini runtuh, maka DEMOKRASI BERPARLIMEN itu sendiri juga runtuh! Schmitt dalam buku beliau berusaha untuk menunjukkan bahawa prinsip-prinsip/dasar-dasar PERBINCANGAN (DISCUSSION) dan KETERBUKAAN (OPENNESS) DEMOKRASI BERPARLIMEN di zaman beliau sekitar tahun 1920-an itu telah runtuh.

Carl Schmitt seterusnya dalam buku beliau menunjukkan betapa apa yang telah berlaku di banyak DEMOKRASI BERPARLIMEN di pelbagai negara Eropah dan bukan Eropah, kemunculan datang dan perginya kelompok elit rejim politik termasuk menteri-menteri kerajaan dari masa ke semasa atas nama DEMOKRASI BERPARLIMEN tidak menampakkan sebarang optimisme terhadap peranan dan potensi positif DEMOKRASI BERPARLIMEN.

Malah lebih buruk lagi kemunculan kelompok elit politik dan menteri-menteri kerajaan ini telah menghancurkan hampir semua harapan rakyat jelata di negara-negara tersebut.

DEMOKRASI BERPARLIMEN sudah menjadi satu fenomena dan amalan di mana semua perniagaan awam milik kerajaan telah menjadi barang ghanimah atau rampasan perang, alat tawar-menawar dan kompromi prinsip dan politik di kalangan ahli-ahli politik dalam DEMOKRASI BERPARLIMEN demi memenuhi nafsu serakah mereka sendiri serta menjamin sokongan yang berterusan dan tidak berbelah-bahagi dari rakan-rakan politik mereka, parti-parti politik mereka dan para pengikut serta hantu raya dan para balaci dan macai politik mereka!

Di mana agaknya rakyat jelata dalam perkiraan ahli-ahli politik dalam DEMOKRASI BERPARLIMEN, adakah untuk rakyat jelata masih hanya jalan berturap, jambatan dan tiang-tiang elektrik?

Dr Amran Muhammad merupakan Pengerusi merangkap CEO  Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI), Kuala Lumpur

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button