Tempatan

Batalkan Usul Undi Percaya, Ingat 3 Amanat Agong Dan Raja-Raja Melayu – Dato’ Sirajuddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2021 – Pertubuhan Gerakan QIAM menyokong penuh tiga amanat SPB YDP Agong dan beberapa DYMM Raja-Raja-Melayu kepada pemimpin-pemimpin Bangsa melalui Titah Ucapan Maal Hijrah 1443.

Tiga amanat itu adalah hentikan sengketa, jangan rebut kuasa dan bersatulah.

“Pertubuhan Gerakan QIAM menyokong penuh titah ini dan berpendapat tidak ada saranan atau tuntutan yang lebih jelas dan besar dari tiga perkara ini semasa negara dan dunia berperang dengan Pandemik COVID-19,” ujar Presiden QIAM, Dato’ Sirajuddin Hj Salleh.

Menyentuh isu penarikan sokongan oleh UMNO, Dato’ Sirajuddin berkata, “Pada QIAM, Presiden UMNO dan kumpulan yang menarik sokongan kepada Kerajaan PN itu bolehlah disifatkan sebagai pengkhianat bangsa.”

Terkini, keputusan telah dibuat bahawa usul undi percaya akan dibentangkan pada sidang Parlimen September ini.

“Adakah kerana ketegasan Tan Sri Mahiaddin tidak mahu campur tangan dengan urusan Mahkamah untuk membebaskan beberapa mereka yang sedang didakwa menyebabkan mereka beria-ia hendak jatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan PN?”

“Apakah mereka sanggup merosakkan sistem Kehakiman negara dengan memberikan gambaran bahawa ianya boleh dimanipulasi oleh pihak luar?”

Justeru, QIAM dengan rendah hati menyeru Presiden UMNO dan orang-orangnya supaya bertaubatlah dan balik semula ke pangkal jalan bersama Tan Sri Mahiaddin dan Kerajaan PN.

“Batalkanlah Usul Undi Percaya. Ingatlah titah tiga perkara YDP Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu sempena Maal Hijrah 1443 – hentikan sengketa, jangan berebut kuasa dan bersatulah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: