Tempatan

Sup Tulang Babi Makanan Warisan, Rais Yatim Gesa Jabatan Warisan Nasihat Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2023 – Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim menggesa Jabatan Warisan untuk menasihatkan Menteri Kebudayaan berhubung pertimbangan untuk menjadikan bak kut teh sebagai makanan warisan.

“Jabatan Warisan yang saya bantu wujudkan 2005 dulu buat ape ye? Diam saje ke atau berani nasihatkan Menteri Budaya supaya jangan terburu-buru buat hal. Kaji dulu sensitiviti masyarakat Malaysia.”

BACA JUGA: Empangan Hidroelekrik Baleh Siap 5 Tahun Lagi

BACA JUGA: Penantian Giliran Tunai Haji Kini Cecah 148 Tahun

BACA JUGA: Anti LGBT: NGO Mahu SUHAKAM Beri Latihan Hak Asasi Manusia Kepada MP

“Salah satu prinsip penarafan warisan ialah sebelum barang, benda, amalan, nilai atau seni budaya itu diiktiraf sbg warisan ia mestilah memenuhi syarat-syarat integral. Satu drp nya ialah syor itu tidak menimbulkan kontroversi kaum dari sudut budaya agama dan kehidupan. Kerajaan Negeri wajib dirundingi.”

“Elok teliti Akta Warisan Kebangsaan dulu yg juga saya olah bersama para pakar kita 2005,” jelas beliau dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing menyatakan bahawa bak kut teh bakal dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam senarai makanan warisan kebangsaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: