KEABSAHAN JAWATAN PERDANA MENTERI & KERAJAAN PN – Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KENYATAAN MEDIA
1. Sewajarnya kita selaku rakyat tidak perlu membuat apa-apa spekulasi mengenai sokongan majoriti Ahli-Ahli kepada PM yang ke-8.
2. PM mendakwa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dengan alasan hanya 8 MP UMNO sahaja yang menarik sokongan terhadap kepimpinannya.
3. Sekarang ini, rakyat diminta bersabar dan menunggu kenyataan RASMI ISTANA NEGARA bahawa benar atau tidak PM sekarang masih ada sokongan majoriti atau tidak dan apakah pihak Istana Negara turut perkenan usul percaya atau tidak percaya untuk dibuat pada Sidang Parlimen bulan September nanti.
4. Kalau benar-benar ada majoriti kenapa tunggu September? Sepatutnya dibuat dalam bulan Ogos ini juga. Ini baru gentleman, telus dan ikhlas.
5. Nampaknya kemelut politik negara tidak akan reda.Tunggu 2 bulan lagi pun, belum tentu. Mungkin ditangguhkan lagi atau entah apa lagi akan jadi. Adakah bercadang mahu bubar Dewan Rakyat? PRU15 masih belum boleh diadakan kerana pandemik Covid-19. So what is the game? Biar politik negara bercelaru asal boleh hold on the power as long as i can? Aku dulu, rakyat kemudian? Tapi mereka cakap “aku tak penting jawatan” kata orang politik.
6. PUTRA menyarankan kita semua bertenang dan tunggu kebijaksanaan serta taat kepada KDYMM YDPA sebagai Ketua dan Payung Negara.
PRINSIP RUKUNEGARA ADALAH AMALAN RAKYAT MALAYSIA
DAULAT TUANKU
PRESIDEN PUTRA
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*