Tempatan

Kes Penderaan Bella: Perbicaraan Bela Diri Siti Bainun Mula Januari Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2022 – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan tarikh baharu bagi perbicaraan bela diri Siti Bainun dalam kes mengabai dan menganiaya Bella, kanak-kanak perempuan Sindrom Down bermula 5 Januari tahun depan.

Keputusan tarikh ini ditetapkan selepas Siti Bainun Ahd Razali diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari.

Sebelum ini, media melaporkan, Siti Bainun perlu mengambil antibiotik selama 15 hari sebelum menjalani pembedahan hempedu, selepas dilaporkan dijangkiti bakteria.

Menurut Hakim Izralizam Sanusi, mahkamah mengambil maklum dengan pelbagai permohonan yang dibuat oleh pihak pembelaan namun beliau memohon agar semua pihak mematuhi tarikh prosiding yang ditetapkan.

“Saya boleh melayan semua permohonan itu, tetapi ia hendaklah sesuai dengan tarikh yang diberi.”

Dilaporkan bahawa prosiding itu akan berlangsung selama 25 hari, bermula Januari hingga Mac, selepas dipersetujui oleh pihak pembelaan dan pendakwaan.

November lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun, dikenali Bella tahun lalu.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan sedemikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: