Tempatan

Kes Abai, Dera Bella, Nasib Siti Bainun Diketahui Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 November 2022 – Nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengabai dan mendera seorang remaja perempuan Sindrom Down, Bella akan diketahui hari ini.

Media melaporkan, Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi akan memutuskan sama ada Siti Bainun, 30, akan dibebaskan atau diperintah membela diri bagi kedua-dua pertuduhan di akhir kes pendakwaan.

Siti Bainun didakwa melakukan perbuatan sedemikian sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pada prosiding 28 Oktober lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad memberitahu mahkamah, pendakwaan menutup kesnya selepas saksi ke-22, seorang juruteknik sebuah syarikat penapis air, Mohamed Rezuan Satori, 25, selesai memberi keterangan.

Susulan itu, hakim memerintahkan pihak yang berkenaan agar memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 18 November sebelum mahkamah membuat keputusan di akhir kes pendakwaan hari ini.

Dalam pada itu, Hakim Izralizam pada April lalu pernah memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes itu.

Ia susulan penerimaan maklumat mengenai tindakan orang ramai yang masih membuat hantaran di laman sosial berhubung kes tersebut seperti ‘JusticeforBella’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: