Tempatan

Kes Adik Bella: Rayuan Siti Bainun Didengar Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 November 2023 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun pada hari esok berhubung pengabaian dan penganiayaan remaja Sindrom Down, Bella.

Lapor media tempatan, Siti Bainun telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun, yang diputuskan terhadapnya enam bulan lalu.

Hasil semakan laman sesawang mahkamah memaklumkan, prosiding akan didengar di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin.

Memetik akhbar, pada 03 Mei lalu, Siti Bainun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan.

Tertuduh juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam, selain menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan cagaran RM5,000 sebagai tambahan hukuman.

Dalam pada itu, mahkamah turut menolak permohonan Siti Bainun untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Berikutan itu, Siti Bainun menjalani hukuman penjara serta-merta di Penjara Kajang bermula tarikh disabitkan bersalah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: