Hari Pertama Pembelaan, 10 Peguam Bainun Didakwa Tarik Diri
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 16 Januari 2023 – “Ketua Peguam Pembelaan maklumkan yang peguam-peguam dari 5 firma termasuk dirinya MENARIK DIRI dari kes ini. Antara alasan kerana tarikh perbicaraan bertindih dengan kes-kes lain. Jadual mereka padat dan tidak ada tarikh yang lapang sampai April,” kongsi Zurianty Sudin, seorang saksi dalam kes prosiding pembelaan adik Bella hari ini.
Menerusi laman Facebooknya, Zurianty mengatakan bahawa prosiding kes sepatutnya bermula hari ini, namun, berikutan penarikan diri peguam-peguam Siti Bainun, Orang Kena Tuduh (OKT), prosiding ditangguhkan sebentar pada jam 11.30 pagi tadi.
BACA JUGA: Kehakiman Mesti Buka Proses Pelantikan, Elak Kroni Ketua Hakim – Lukman Sheriff
BACA JUGA: Ribut Petir Bakal Langgar Sabah & Sarawak 4 Hari Berturut-Turut
BACA JUGA: AMARAN! Omicron XBB. 1.5 Berpotensi Jangkiti Individu Divaksin
“Hakim tanya OKT, adakah beliau tahu tentang perkara ini. OKT kata baru tahu pagi ni. Sekarang beliau tiada peguam. Dan perlu cari peguam lain. OKT juga mentioned akan cuba cari peguam YBGK (Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan).”
“Hakim meluahkan rasa kecewa. Kerana tarikh-tarikh telah di tetapkan awal. Hakim membacakan kronologi ketetapan dan pegurusan kes selama satu jam. Pada jam 11.30am Hakim tangguhkan sebentar dan minta OKT berbincang lagi dengan peguam yang ada harini (Aminahtul Mardiah) bagi bincang lagi,” kata Zurianty.
Tambahnya, Hakim turut mengatakan tidak adil untuk peguambela buat begini kerana barisan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang lain boleh hadir ke mahkamah.
“Hakim juga mengatakan tidak adil untuk peguambela buat begini kerana barisan DPP yang lagi banyak komitmen dan kes lain pun boleh hadir ke mahkamah, stay dlm kes dan hormat proses undang-undang.”
Berikutan itu, prosiding pembelaan Bella ditangguh ke hari esok.
“Hakim beri masa sehingga esok, 17 Jan 2023 untuk OKT cari peguam lain dan teruskan prosiding. mahkmah tak boleh tangguh lagi sebab dah banyak kali tangguh,” kata Zurianty lagi.