PRU-15

Kerjasama DAP-UMNO: Ada Pemimpin DAP Mahu Tidur Dengan ‘Syaitan’ Untuk Tambahan Beberapa Dolar – Ronnie Liu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2022 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek dari Democratic Action Party (DAP), Ronnie Liu Tian Khiew menyatakan bahawa terdapat pemimpin DAP yang bersedia untuk tidur dengan “syaitan” untuk tambahan beberapa dolar.

Beliau berkata sedemikian susulan katanya yang mendakwa bahawa DAP telah menentang UMNO berikutan fitnah yang dilakukan oleh UMNO.

Menerusi hantarannya di laman sosial Facebook, terdapat sesetengah pemimpin DAP yang berubah selepas mendapatkan 3P (Power, Position, Perks) sewaktu tempoh 22 bulan mentadbir.

Kata beliau, selepas mengecapi kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018, terdapat perubahan yang ketara dalam DAP yang disedari oleh ahli terdahulu di mana sebahagian daripada pemimpin DAP ketika ini bercanggah dalam perbezaan pendapat.

Jelasnya, di bawah Model Parlimen Westminster, Ketua Pembangkang dihormati sebagai “Ketua Pembangkang Setia”, namun dalam DAP, sebarang perbezaan pendapat telah menjadi “Musuh Negara” yang mengamalkan “demokrasi dinasti autokrat”.

Tambahnya, biarpun DAP menggelarkan dirinya sebagai demokratik, namun terdapat sesetengah pemimpin yang kurang memahami maksud dan prinsip demokratik tersebut.

Biarpun begitu, beliau bagaimanapun tetap dengan pendiriannya untuk terus bertanggungjawab dan tidak meninggalkan penyokong dan pengundinya khususnya pada jangka waktu ini yang berisiko untuk mengalami banjir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: