PRU-15

Zahid Hamidi Akan Terdedah Kepada Hilang Kerusi Kerana Melanggar Keputusan Parti – Peguam Senior, Mohamed Haniff Khatri Abdulla

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 22 November 2022 – Kalau masih ramai lagi yang menyokong Anwar Ibrahim maka akan menjadi kecelaruan sebab Barisan Nasional, UMNO telah membuat keputusan tertinggi adalah PAU dan keputusan tertinggi mengatakan ‘No Anwar, No DAP!’ Jadi kalau ada Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar Ibrahim maka mereka boleh diakibatkan memungkiri keputusan parti dan itu boleh menyebabkan mereka hilang kerusi,”ujar Peguam Senior, Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Jadi, kalau Zahid Hamidi mengatakan dia mempunyai kuasa siapakah dia dalam pembentukan Kerajaan itu tertakluk kepada keputusan parti. Zahid Hamidi tidak boleh melanggar keputusan parti. Keputusan presiden tidak boleh melanggar keputusan parti melainkan parti sendiri menukar keputusannya. Jadi Zahid Hamidi pun akan terdedah kepada hilang kerusi.

Kekeliruan berkaitan Perkara 49A, bagi saya tidak mempunyai kesan kepada pelantikan Perdana Menteri Di Bawah Perkara 43(2).

Berkaitan dengan DAP dan sebagainya bagi saya ia adalah isu yang remeh, hanya isu-isu cabang dan ranting-ranting sahaja.

Hanya ada dua keputusan setakat ini sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin ataupun Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Bagi saya, soal UMNO nak sokong dan menjadi Kerajaan adalah tidak relevan sebab dari sudut rentetan sejarah dan catatan dalam mesyuarat agung UMNO menunjukkan perkara itu tidak boleh berlaku.”

“Tetapi seandainya, perkara itu berlaku maka kita akan menuju kepada satu keadaan yang tidak stabil sebab ahli-ahli UMNO masih akan ditekan oleh parti mereka bagaimana bergabung dengan Anwar Ibrahim, macam mana gabung dengan DAP dan polisi-polisi kerajaan Anwar dan DAP jika bertentangan dengan nilai asas Islam dan Melayu akan menjadi rekahan-rekahan yang besar dalam Kerajaan yang menyebabkan tidak stabil.”

“Tetapi perkara itu, tidak akan sampai ke situ sebab bagi saya hak untuk ahli UMNO menyokong Anwar Ibrahim dan DAP telah dipadamkan oleh keputusan PAU bulan Mei 2022 lalu,” katanya.

Beliau berkata, berhubung dengan perlantikan Perdana Menteri selepas berlakunya Parlimen tergantung pasca PRU-15 kita dapat lihat terdapat penzahiran kelemahan dalam Akta Undang-Undang Anti Lompat Parti yang kononnya telah pun mulai efektif selepas PRU-15.

Perkara 49A yang dimasukkan di dalam Perlembagaan adalah perkara-perkara yang menitikberatkan dan menyatakan dengan khusus serta memberi huraian bagaimana seorang ahli parlimen yang berparti atau tidak berparti boleh hilang kerusi dan bagaimanakah ianya ditakrifkan sebagai keluar parti ataupun tidak lagi menjadi ahli parti.

Tetapi Perkara 49A ini tidak dipinda ataupun tidak diletakkan sebagai satu pindaan kepada Perkara 43(2) maksudnya, dalam bahasa mudahnya di bawah Perkara 43(2) pembentukan Kerajaan melalui perlantikan Perdana Menteri yang diletakkan kuasa kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong berkata, bahawa baginda Tuanku akan melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda Tuanku mempunyai sokongan majoriti ahli dewan. Di situ, tidak dipinda untuk menyatakan tertakluk kepada Perkara 49A maksudnya dari sudut takrifan tanpa takrifan Perlembagaan dan perundangan dan tanpa nilai politik bermaksud bahawa isu perlantikan Perdana Menteri adalah hak dan isu budi bicara individu Ahli Dewan Rakyat tanpa kekangan parti.

Justeru, pada masa ini ada betulnya pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa jika ada mana-mana ahli parti UMNO contohnya yang memberi sokongan secara terus kepada Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri maka ianya adalah sokongan yang sah di bawah Perkara 43 Fasal 2 dan ianya juga tidak melanggar Undang-Undang Anti Lompat Parti sehingga mengakibatkan kerusi Ahli Dewan Rakyat UMNO itu terbatal. Ada sokongan takrifan perundangan dan Perlembagaan berkaitan kenyataan tersebut.

Berkaitan, kenyataan Zahid Hamidi pula yang mengatakan bahawa beliau mempunyai surat pengesahan daripada setiap Ahli Dewan Rakyat UMNO, BN yang meletakkan kuasa memilih Kerajaan atau pembentukan Kerajaan kepada dirinya (Zahid Hamidi) jikapun sah yang penting adalah keputusan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional tidak boleh melanggar keputusan tertinggi parti itu.

Rentetan peristiwa sejarah mencatatkan bahawa pada Perhimpunan Agung Tahunan UMNO (PAU) yang lalu keputusan sebulat suara perhimpunan tersebut adalah ‘No Anwar, No DAP’. Maksudnya dalam bahasa mudah jikapun Zahid Hamidi mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi pihak 30 orang Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional ataupun 27 orang Ahli Dewan Rakyat UMNO ianya tidak boleh membelakangi keputusan parti dan jika Zahid Hamidi memilih untuk menyokong Anwar Ibrahim maka boleh dikatakan dengan jelas Zahid Hamidi telah melanggar keputusan tertinggi parti melalui PAU 2022.

Oleh itu, ada kemungkinan Zahid Hamidi yang boleh dikenakan tindakan perlucutan kerusi kerana melanggar keputusan parti, itu satu isu berbeza. Tetapi untuk Zahid Hamidi mengatakan bahawa ahli-ahli UMNO yang menyokong selain dari keputusan beliau akan hilang kerusi mempunyai khilaf dan pincang dari sudut pemakaian pindaan perundangan Perlembagaan Perkara 49A dan juga pembebasan yang wujud kepada ahli individu Dewan Rakyat membuat keputusan di bawah Perkara 43(2).

“Itulah sebabnya, dari awal lagi kami di luar Parlimen, pengamal undang-undang dan para akademik seringkali mengatakan bahawa isu tentang Akta Anti Lompat Parti tidak molek, tidak selesa digubal atau didraf oleh mereka yang berada di Parlimen semata-mata kerana isunya mempunyai kepentingan mereka Ahli Parlimen.”

Tambah beliau, mereka mempunyai konflik kepentingan, pelbagai permintaan orang luar, pihak luar untuk memberi pandangan dan menerajui gubalan undang-undang itu tidak dilayan secara demokrasi dan secara sebaiknya.”

Sekarang ini, pasca PRU-15 apabila seperti yang diramalkan kita mempunyai Parlimen yang tergantung kelemahan dan kepincangan Undang-Undang Anti Lompat Parti terlampau terserlah,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: