Tempatan

Melayu Digesa Bersatu Tolak Agenda ‘Malaysian Malaysia’ DAP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUCHONG, 03 Jun 2023 – BERJASA menggesa parti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh Melayu bersatu menolak agenda ‘Malaysian Malaysia’ DAP daripada direalisasikan di negara ini.

Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim menegaskan, sebagai negara Islam, orang Melayu tidak boleh membenarkan atau memudahkan agenda DAP ini terlaksana.

Beliau mencadangkan agar Gagasan Watan diwujudkan antara masyarakat Melayu untuk menyekat perancangan DAP menjadikan Malaysia negara Liberal, di mana Malaysian Malaysia adalah tunggak pentadbirannya.

“Kita perlu kepada Gagasan Watan yang menggabungkan parti-parti, NGO-NGO, tokoh-tokoh nasional dan pimpinan masyarakat dalam satu gabungan yang padu, membawa naratif penyatuan orang Melayu. Saya yakin dan percaya, kalau ini berlaku, kita akan menjadi batu penghalang besar kepada agenda DAP untuk membawa Malaysian Malaysia di negara kita ini,” katanya.

BACA JUGA: Kalimah Allah: PN Kemuka Akta Tafsiran

BACA JUGA: Skim Perubatan Madani Akan Bermula 15 Jun Ini

BACA JUGA: Gelombang Haba, Lebih 5 Juta Carian Penyaman Udara Secara Atas Talian

Dalam pada itu, beliau menekankan, tempoh ini bukanlah masa untuk berbincang mengenai agenda perjuangan DAP itu, sebaliknya ia adalah ruang supaya orang Melayu bersatu dan duduk bersama di meja rundingan.

Tambah Haji Zamani, “Orang Melayu kalau mempunyai dominasi yang kuat, maka negara akan aman, bangsa lain hidup akan bahagia, di bawah payung kuasa orang Melayu yang adil.”

Mengulas lanjut, beliau menegaskan, walaupun orang Melayu mempunyai banyak pecahan parti, agenda bangsa seharusnya menjadi keutamaan, termasuk memastikan tiada perpecahan.

“Banyak parti kita berpadu dengan satu gabungan besar yang dipanggil Gagasan Watan, himpunkan parti, NGO dan tokoh serta kita bawa naratif Melayu mesti mempunyai dominasi yang kuat dan satu kuasa-kuasa yang ada dan akhirnya orang Melayu yang menjamin kemakmuran kemajuan negara,” tegas beliau lagi.

Presiden BERJASA itu berkata sedemikian sebagai respon kepada kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu membawa agenda ‘Malaysian Malaysia’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: