Tempatan

PH Gabungan Politik Anti-Islam, ‘Angkat’ LGBT & Komunis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 28 September 2022 – Ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan, gabungan tersebut secara tidak langsung mengiktiraf golongan LGBT dan komunis di Malaysia selain gabungan politik itu adalah anti Islam, tidak berwibawa dan tidak berintegriti.

Ini dapat dilihat daripada pelbagai siri tindakan yang mencabar kedaulatan Islam dilakukan oleh kerajaan PH ketika itu yang didominasi oleh DAP seperti usaha meratifikasi ICERD dan perjanjian Statut ROM, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Haji Azhar Rafiei

Tambah beliau kelantangan pemimpin-pemimpin DAP yang anti Islam sangat ketara apabila beberapa pemimpin parti itu membuat kenyataan penghinaan terhadap agama Islam.

Antaranya, pemimpin DAP Perak contohnya pernah menyatakan pendirian agar orang Islam di Malaysia dibenarkan untuk murtad atau bertukar agama.

Malah Ahli Parlimen DAP yang lain juga membuat kenyataan menghina Islam seperti penghinaan amalan memberi duit raya ketika sambutan Aidilfitri dan sindiran kepada pemakaian purdah oleh orang Islam.

Tidak cukup dengan itu, pemimpin DAP juga terpalit dengan tindakan biadab lain seperti melabelkan Dr Zakir Naik, pendakwah Islam sebagai ‘setan’, menghina hukum hudud, mempersoalkan kewujudan JAKIM dan pelbagai kenyataan yang menghina institusi raja-raja di Malaysia.

Selain itu, pemimpin-pemimpin PH tidak hanya menghina Islam malah kebebasan sistem kehakiman juga diganggu-gugat oleh mereka apabila banyak kes-kes melibatkan pemimpin PH digugurkan di mahkamah walhal jalan sepatutnya diambil adalah membersihkan diri dari tuduhan melalui mahkamah.

Haji Azhar Rafiei turut berkongsi skandal yang paling besar digugurkan pada pemerintahan PH adalah projek Terowong Dasar Laut.

Justeru, tindakan-tindakan PH yang hanya memerlukan masa singkat 22 bulan ini merupakan tindakan yang merungkai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat Malaysia selain penghinaan langsung kepada para pejuang kemerdekaan yang bertungkus lumus membebaskan negara daripada penjajah termasuklah daripada komunis.

Bayangkan kerosakan besar yang akan berlaku sekiranya diberi masa 5 tahun kepada PH memerintah, tegas Haji Azhar Rafiei.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: