Tempatan

Kalimah Allah: KDN Akan Keluarkan Arahan Penggunaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUTRAJAYA, 17 April 2021 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan arahan pentadbiran dalam masa terdekat berhubung penggunaan kalimah Allah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin selepas sesi Wacana Meja Bulat yang diadakan semalam.

Ujarnya, arahan tersebut akan dikeluarkan dalam bentuk pentadbiran berdasarkan akta yang ada di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai penggunaan kalimah tersebut.

“Arahan akan dikeluarkan secepat mungkin. Ia akan dikeluarkan dari semasa ke semasa mengikut akta sedia ada.”

“Sebagai contoh, bagi penggunaan kalimah Allah, kita akan guna Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sebagai panduan.”

“Banyak akta yang kita guna dan harus kita berikan (arahan pentadbiran). Perkara ini perlu diselesaikan supaya semua orang faham kerana ia memberi kepastian mengenai penggunaan kalimah Allah,” tambah beliau.

Kata Datuk Seri Hamzah lagi, Perlembagaan Persekutuan akan digunakan sebagai batu asas bagi membentuk arahan itu.

Malah, panduan arahan pentadbiran itu juga akan mengambil kira pandangan dan aspek toleransi semua pihak termasuk pemahaman agama-agama lain yang ada di negara ini.

“Kita tidak mahu isu ini menjadi isu yang boleh memecah belah kita semua kerana yang paling penting adalah negara dan mencari jalan untuk semua hidup sejahtera.”

“Maka sudah tentu toleransi patut diberikan. Toleransi ini bukan hanya untuk kaum majoriti, tetapi juga minoriti.”

Wacana Meja Bulat semalam diadakan bersama kumpulan komuniti Kristian; komuniti dari Sabah dan Sarawak; kumpulan agama Hindu, Sikh, akademik, peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Isnin lalu, Datuk Seri Hamzah turut mengadakan wacana sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan turut melibatkan pakar sejarah, peguam ahli politik dan agamawan Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: