Pendapat

Reformasi DAP Hanya Satu Ilusi – Dr Iskandar Hasan Tan

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Beberapa pemimpin DAP melaungkan slogan untuk membuat pembaharuan DAP agar tidak kelihatan keCinaan. Sebaliknya menggunakan pendekatan parti berasaskan komunal dan melakukan pemasaran politik ke atas masyarakat Melayu. Mungkin sebahagian masyarakat Melayu sudah lupa beberapa insiden yang berlaku sewaktu DAP berkuasa sebagai kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Persoalan perlu ditanya kepada DAP, adakah parti ini benar-benar menghapuskan slogan Malaysian for Malaysia dan mengakui Sosial Kontrak yang dipersetujui semasa kemerdekaan negara ini. Jika ini tidak mampu dibuat. Apatah lagi melihat kepada tindakan DAP sewaktu krisis ICERD dan kes Adib. Di manakah suara DAP pada masa itu untuk membela Adib. Malahan ICERD yang ditimbulkan sewaktu pemerintahan PH, DAP tidak berkata apa-apa.

Sebaliknya, ICERD itu disokong secara terbuka untuk menunjukkan bahawa kesamarataan hak antara kaum perlu ada di negara ini. Terdapat juga kes boikot memakai songkok di DUN Pulau Pinang dan Parlimen sekitar tahun 2013 yang dilakukan oleh pemimpin DAP pada masa itu. Sebagai langkah protes ke atas pemakaian yang mengidentitikan Islam ke atas bukan Islam. Mungkin ramai rakyat Melayu yang sudah lupa insiden-insiden tersebut.

Yang paling menyedihkan adalah langkah memprotes tulisan jawi ke atas sekolah vernakular yang dianggap sebagai satu cara mengidentifikasikan Islam dalam pendidikan. Banyak lagi yang boleh dikisahkan jika melihat tindakan dan kata-kata pemimpin DAP yang dilihat melakukan provokasi apabila menyentuh mengenai Islam. Di antaranya laungan azan yang berkumandang juga ditentangnya apabila kuasa sudah berada di tangan.

Agak menghairankan di bumi Kelantan ini, penyertaan keahlian dan cawangan DAP disambut dengan meriah seperti pisang goreng. Sejak bertapak dalam masa kurang dari 3 tahun, sebanyak 40 cawangan DAP sudah dibuka di Kelantan dengan keahlian melebihi 5 ribu ahli. Adakah ini menunjukkan bahawa terdapat satu ketidakpuasan hati secara diam ke atas kepimpinan kerajaan PAS Kelantan dan UMNO Kelantan. Mungkin parti-parti Melayu ini sudah lama tidak memberikan tumpuan ke atas isu rakyat marhean.

Lihatlah terdapat lebih 9 ribu kematian melibatkan mereka yang terlibat dalam penghantaran makanan Grab atau Foodpanda sejak 2019. Ini bermakna terdapat 6 kematian sehari melibatkan mereka yang menghantar makanan. Malahan yang mengejutkan adalah gaji yang diperolehi mereka hanya sekitar RM1500 dan gaji ini tidak akan bertambah kecuali komisen yang diperolehi mereka. Bayangkan situasi kehidupan mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan ini di kota dan bandar besar. Amat sukar bagi mereka kerana rata-rata daripada mereka tidak mempunyai kelayakan akademik tinggi. Tetapi mengapakah pemimpin DAP sibuk memberikan fokus kepada hal ini.

Ini disebabkan golongan ini mampu memberikan satu imej yang baik kepada DAP jika mesej aspirasi DAP disampaikan oleh mereka. Apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu hari ini. Adakah isu rakyat marhean ini bukan setakat bantuan kepada golongan B40 sahaja. Tetapi lebih dari itu, perlu turun padang dan mencari permasalahan yang timbul setiap hari dari kaca mata rakyat marhean. Sudah tiba masanya mereka ini turun padang untuk menunjukkan kepada rakyat keprihatinan sebagai pemimpin ke atas rakyat. Jika ini tidak diambil berat, berkemungkinan anak-anak muda akan lebih tertarik kepada pendekatan DAP di satu hari nanti. Tidak mustahil boleh berlaku dalam dunia politik yang semakin berubah dengan pantas.

Dr Iskandar Hasan Tan bin Abdullah ialah seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Pautan Asal: FB Dr Iskandar Hasaan Tan

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button