Tempatan

Kenapa Kerajaan Perpaduan Sekarang Tidak Mahu Merayu? – Profesor Dr Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR 17 Mei 2023 – “Bagaimana Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan tanpa berbincang dengan Jemaah Menteri, yang di dalamnya ada Menteri Agama dan sudah tentu isu ini beliau adalah pemegang taruh,” tegas Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

“Saya tidak faham bagaimana Kerajaan sekarang bekerja,” ujarnya.

Profesor Perubatan USIM itu turut menambah, sebelum ini dalam isu vape, Menteri Kesihatan menggunakan kuasa beliau tanpa dibincangkan dengan Jemaah Menteri untuk keluarkan nikotin dalam cecair/gel (vape) dari senarai racun, menentang nasihat pakar-pakar.

Terbaru, dalam isu kalimah Allah, Menteri KDN kata hanya memo makluman dihantar kepada Jemaah Menteri.

“Apa sahaja yang dibincangkan oleh Jemaah Menteri?”

“Bagaimana KDN membuat keputusan tanpa berbincang dengan Jemaah Menteri?” soalnya.

Perkara bagaimana yang bergantung kepada “Nota Makluman” sehingga Jemaah Menteri tak boleh berbincang?

“Apa guna Jemaah Menteri?”

“Kemudian setelah Nota Makluman disampaikan, tidak adakah alasan atas keputusan yang begitu besar kepada umat Islam dan perundangan syariah?”

“Kenapa Kerajaan Perpaduan sekarang tidak mahu merayu?” soalnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: