Tempatan

Belanjawan 2023 Akan Kurangkan Beban Hidup Rakyat Tanpa Keluar KWSP – Rafizi Ramli

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan bahawa Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan tidak lama lagi akan mengurangkan beban hidup rakyat tanpa membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau baru-baru ini selepas Kerajaan mengumumkan sedang mencari jalan yang lebih sesuai bagi mengurangkan beban rakyat tanpa mengeluarkan simpanan KWSP dengan mengatakan bahawa beberapa perkara akan diumumkan termasuklah peluang menjana pendapatan tambahan kepada golongan B40.

BACA JUGA: Usul Tiada Pertandingan: ROS Bagi UMNO 60 Hari Perjelaskan

BACA JUGA: Rejim Zionis Mahu Jadikan Ronaldo Ikon Normalisasi Dengan Saudi

BACA JUGA: Gempa Turkiye-Syria: JAKIM, JAWI Laksana Kutipan Derma Setiap Jumaat

“Pada masa sama, melalui kajian separuh penggal RMK12 yang sedang berlaku sekarang, kita mula melihat kepada dasar-dasar dan program yang boleh meletakkan sasaran pertumbuhan gaji kerana ia tidak boleh melihat kepada kos sara hidup semata.”

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan bahawa Kerajaan akan memulakan kembali platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) bagi menyelesaikan proses dan prosedur di peringkat Kerajaan, sekali gus mempercepatkan urusan perniagaan serta industri.

Tambahnya, platform yang diwujudkan sejak 15 tahun lalu itu akan dipengerusikan bersama oleh beliau dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“Harapan kami, (inisiatif) ini akan mempercepatkan lagi usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan pasaran yang mesra perniagaan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: