Tempatan

Dua Lagi Kapal Selam Akan Dibeli Demi Keselamatan Maritim Negara – Menteri Pertahanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 13 Februari 2023 – Kerajaan merancang untuk membeli dua lagi kapal selam demi kepentingan keselamatan maritim negara.

“Menerusi pelan transformasi 15 hingga 5, tentera laut merancang untuk pemerolehan sebuah kapal selam di bawah Rancangan Malaysia Ke-14 2031-2035 (RMK-14) dan satu lagi di bawah RMK-15 (2036-2040).”

BACA JUGA: 50% Warga Malaysia Gagal Capai ‘Minimum Living Wage’

BACA JUGA: Mungkin Perlu Tunggu Menteri Agama Kelima Selesaikan Isu Elaun Guru KAFA – CIJ

BACA JUGA: Kerajaan Perkenal Semula Pemudah, Lebih Mesra Perniagaan

“Pemerolehan jangka panjang armada ini termasuk perolehan kapal permukaan lain yang pastinya akan meningkatkan lagi keupayaan tentera laut dalam menghadapi dimensi baharu peperangan,” kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan selepas melawat pangkalan tentera laut di Sepanggar dan Kem Kelima Divisyen Infantri di Lok Kawi, Khamis baru-baru ini.

Menurut beliau, kapal selam merupakan aset strategik yang akan meningkatkan lagi keupayaan armada laut seiring dengan strategi perlindungan maritim untuk menangani isu serantau dan global, khususnya mengenai Laut China Selatan.

Beliau turut menambah, kedaulatan dan keselamatan negara adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi dan ia menjadi agenda utama kementerian.

Memetik kepada sebuah berita, Pelan Transformasi Armada 15 hingga 5 ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan kesediaan serta mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan dengan mengurangkan kelas kapal dalam perkhidmatan daripada 15 kepada lima.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: