Tempatan

Kontraktor Potong 40% Empat Bulan Gaji Tertunggak Tukang Cuci Sekolah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABAK BERNAM, 04 April 2022 – Osman Uton, 46 merupakan salah seorang dari 53 orang tukang cuci sekolah yang tidak dibayar gaji mereka oleh majikan sejak November 2021, mendedahkan tunggakan gajinya yang diterima baru-baru ini telah dipotong sebanyak 40%.

“Mungkin pihak sekolah tidak begitu gembira dengan tahap kebersihan dan juga pemotongan dilakukan kerana kami mengambil bahagian dalam protes itu,” katanya kepada The Malaysian Insight yang melaporkan isu ini.

Protes yang dimaksudkan adalah protes bantahan yang diadakan di luar Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 28 Mac lalu. Pada hari itu, 53 pekerja pembersihan dari 19 buah sekolah di Sabak Bernam memegang sepanduk menerangkan masalah mereka selain tunggakan gaji, termasuk masalah dengan cuti tahunan mereka, tuntutan kenaikan gaji dan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menceritakan bagaimana beliau terpaksa bergelut sejak 4 bulan lepas selepas gaji mereka tidak dibayar, Osman tetap merakamkan perasaan gembira apabila hasil penat lelah bekerjanya akhirnya dibayar walaupun berlaku pemotongan gaji yang besar.

Seorang lagi pekerja yang mengalami nasib sama dan hanya mahu dikenali sebagai Mastura memaklumkan bahawa, jika tidak kerana bantahan mereka, dia tidak merasakan gaji mereka akan dibayar.

“Saya amat yakin jika kami tidak melakukan seperti di Putrajaya pada Selasa, kami tidak akan mendapat gaji hari ini.”

“Sekurang-kurangnya sekarang kita boleh gunakan sedikit wang yang kita dapat untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan,” ujar beliau.

Beliau turut meluahkan perasan dengan harapan kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: