Tempatan

CAP Mahu Kerajaan Beri Kad Elektronik Subsidi Kepada B40

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 03 Disember 2022 – Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader menggesa Kerajaan supaya mempertimbang penggunaan sistem kad subsidi elektronik subsidi bersasar kepada golongan B40 termasuk bagi barangan harga terkawal lain seperti yang ditentukan Kerajaan.

“Mengeluarkan kad subsidi elektronik kepada golongan miskin dan kawalan harga makanan yang berkesan perlu menjadi keutamaan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga mahu Kerajaan mempercepatkan pelaksanaan subsidi bahan api petrol RON 95, serta gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak secara bersasar kepada golongan kumpulan B40.

Hal ini kerana menurutnya, sistem subsidi semasa secara menyeluruh mempunyai ‘kepincangan’ kerana ia hanya memberi manfaat kepada golongan kaya berbanding miskin.

“Ia berikutan, golongan berpendapatan rendah berkemungkinan kurang memiliki kenderaan dan kenderaan dimiliki pula mempunyai kapasiti enjin yang rendah.”

“Tambahan pula, petrol bersubsidi juga terbuka kepada penyalahgunaan seperti penyeludupan diesel,” katanya lagi.

Malah, Mohideen juga turut menyatakan bahawa kumpulan 40 Pertengahan Bawah (M40) juga perlu diberikan bantuan.

Pada masa ini Kerajaan memberi subsidi petrol RON 95, diesel serta LPG dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz menganggarkan subsidi sahaja menelan kos sebanyak RM28 bilion pada 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: