Tempatan

Ayam Mahal, Kurangkan Makan Ayam – Rafizi Ramli

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 24 Disember 2022 – “Kalau harga ayam tu dah mahal sangat, we should reduce makan ayam,” ujar Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu sidang media semalam.

Menurut beliau, perkara tersebut yang melibatkan tabiat ataupun sikap pengguna itu sendiri perlulah ditangani walau bagaimana cara sekalipun.

“Kalau tidak, harga barang naik macam mana pun, ia tidak mempengaruhi permintaan, then sampai bila-bila pun kita kena bercakap pasal tak cukup ayam,” katanya.

Semasa sidang yang mengumumkan kadar inflasi bagi bulan November itu, beliau memaklumkan bahawa dalam usaha menangani inflasi, keterlibatan dan peranan semua pihak perlulah dimainkan dengan baik.

Katanya, pengguna turut menjadi salah satu sebab harga makanan di negara ini terus meningkat.

“Usaha mengawal inflasi memerlukan kerjasama semua pihak, baik dari Kerajaan, peniaga, sehinggalah kepada rakyat.”

“Sudah tentu pihak Kerajaan setakat ini telah campur tangan dalam aspek bekalan, cuma kita juga perlu kembali (mengambil langkah) dari segi permintaan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: