Tempatan

Inflasi Akan Meningkat Jika Beri Subsidi Bersasar Bahan Api – TA Securities

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2022 – “Kami tidak menjangkakan langkah subsidi bersasar utama dilaksanakan dalam masa terdekat, terutamanya harga bahan api yang akan memberi kesan meningkat kepada inflasi,” kata TA Securities dalam sebuah portal tempatan.

Bagi syarikat broker itu, apa yang boleh dilakukan Kerajaan bagi mengurangkan kekangan fiskal defisit negara ialah menangani ketirisan hasil dan membuat semakan semula struktur kos projek Kerajaan.

“Sebaliknya, Kerajaan boleh menyelesaikan perkara yang mudah dulu dan cuba menutup defisit fiskal dengan menangani ketirisan hasil dan mengkaji semula struktur kos projek Kerajaan.”

Selain itu, syarikat broker itu juga berkata, Kerajaan juga boleh membenarkan import lebih murah jika perlu, menangani amalan tidak sihat seperti aktiviti sorok barang oleh orang tengah, memperkenalkan insentif bagi menggalakkan pengeluaran barangan keperluan tempatan dan meningkatkan jaminan makanan.

Baru-baru ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Kerajaan sudah tentu akan melihat mengenai kesan terhadap inflasi ketika keputusan mengenai subsidi bersasar dibuat, selain kesannya terhadap rakyat.

Oleh itu, satu mekanisme perlu segera dibangunkan untuk mengkategorikan kumpulan atau individu yang akan menikmati subsidi bersasar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: