Tempatan

B40 Terdesak Rayu Kerajaan Kembalikan Subsidi Minyak Masak Botol

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Julai 2022 – Ramai rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan B40 terdesak merayu Kerajaan agar mengembalikan subsidi minyak masak botol ekoran peningkatan harga yang mendadak, lapor Kosmo!.

D. Dinesh yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan mengadu, kini sukar untuk menguruskan perbelanjaan keluarga akibat peningkatan harga itu.

“Perbelanjaan keluarga makin meningkat sejak 1 Julai lagi. Melihat harga minyak botol 5 kilogram (kg) dijual lebih RM40, buat saya terduduk. Minyak masak paket pula susah nak dapat,” kata beliau.

Md. Arif Yauni, warga emas berusia 70 tahun yang mencari nafkah dengan menjual sarapan pagi mengadu perniagaannya amat terkesan memandangkan beliau perlu menggunakan 3kg minyak masak setiap hari.

“Saya dan keluarga berniaga nasi lemak dengan beberapa pilihan lauk seperti ayam goreng, telur goreng dan telur rebus.”

“Jadi apabila harga ketiga-tiga barangan itu meningkat dengan mendadak, perniagaan saya amat terkesan, tidak tergamak hendak naikkan lagi harga makanan,” kata beliau.

Seorang lagi warga emas, Rozidah Amat yang berusia 60 tahun mengadu terpaksa mencari ke sana sini untuk mendapatkan bekalan minyak masak peket sekiranya tidak, terpaksa juga membeli minyak botol yang jauh lebih mahal.

“Sangat sukar untuk dapatkan minyak peket, jadi terpaksa juga beli minyak botol walaupun harganya mahal,” ujar beliau.

Susulan langkah Kerajaan menghapuskan subsidi minyak masak dalam botol bermula 1 Julai ini, rakyat Malaysia dijangkakan sedang berdepan dengan kenaikan harga minyak masak sekurang-kurangnya 40 peratus.

“Harga minyak masak yang diberi subsidi akan naik lebih 40%. Ini terpakai untuk minyak masak dalam botol 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg,” kata sumber daripada pengeluar minyak masak terkenal.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Ameer Ali Mydin yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Peruncit Bumiputera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: