Antarabangsa

AS Ingin Hukum Bank Yang Terlibat Dengan Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 17 Februari 2023 – Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan akan menyekat dan memperketatkan lagi penguatkuasaan terhadap lebih banyak bank yang mempunyai hubungan dengan Rusia.

Perkara tersebut telah dilaporkan oleh sebuah media yang mendakwa maklumat tersebut datang dari seorang Pegawai Tinggi AS.

BACA JUGA: Sekular & Pluralisme Dalam Dasar Madani, Ketua Pembangkang Tuntut Dasar Jelas

BACA JUGA: “Healthcare Is Crumbling”, Anwar, Lakukan Sesuatu!

BACA JUGA: SOSMA Perlu Untuk Keselamatan Nasional – Menteri

Menurut laporan tersebut, sekatan yang dilakukan oleh AS dan sekutunya dapat “membekukan sekitar 80 peratus aset-aset di sektor perbankan Rusia. Laporan tersebut menyatakan bahawa maklumat tersebut telah diberikan oleh James O’Brien, ketua bagi bahagian koordinasi sekatan, Kementerian Dalam Negeri AS.

Pada tahun lalu, Rusia telah dikenakan beberapa bentuk sekatan ekonomi oleh AS, yang mana ianya turut melibatkan tindakan bagi mengeluarkan bank pusat Rusia dari sistem kewangan antarabangsa. Sekitar $300 juta daripada jumlah rizab asing juga telah dibekukan.

Sekatan tersebut juga telah menyebabkan banyak bank-bank utama Rusia telah dikeluarkan daripada sistem pesanan kewangan global SWIFT.

Menurut O’Brien, AS kini sedang memerhatikan beberapa lagi bank serta institusi kewangan untuk melihat bagaimana Rusia berurusniaga dengan dunia luar. Katanya lagi, kemungkinan besar lebih banyak tindakan yang akan diambil oleh AS terhadap Rusia dalam hal ini.

Manakala Kesatuan Eropah (EU) pula kini sedang menyediakan sebuah pakej sekatan baru yang turut melibatkan banyak bank-bank Rusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: