Antarabangsa

Gelombang Haba Ekstrem, 1/3 Penduduk AS Terkesan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LOS ANGELES, 19 Julai 2023 – Hampir satu pertiga daripada penduduk Amerika Syarikat (AS) atau lebih 80 juta penduduk mereka, diletakkan dalam amaran haba berikutan gelombang haba melampau yang terus melanda di seluruh negara.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) pada Ahad berkata, suhu di beberapa kawasan padang pasir melonjak melepasi 48 darjah celcius pada siang hari dan kekal pada tahap 90 darjah semalaman.

BACA JUGA: Jabatan Bomba Bakal Wujudkan 5 Pangkalan Udara Baru

BACA JUGA: Kolam Takungan Inisiatif Selangor Atasi Banjir Kilat

BACA JUGA: Kerajaan Iraq Musnahkan Menara Masjid Berusia 300 Tahun Demi Jalan

Menurutnya lagi suhu di Death Valley California mencatatkan suhu tertinggi sehingga mencecah 53 darjah celcius pada Ahad lalu.

Negeri-negeri seperti California, Nevada, Arizona, New Mexico, Louisiana, Texas, Arkansas, Mississippi, Alabama, Oklahoma dan Florida turut menerima nasihat haba, amaran haba melampau dan pemantauan haba tinggi.

Suhu tiga angka dijangka memberi kesan kepada penduduk di Barat dan Selatan negara itu dengan beberapa bandar dijangka memecahkan rekod haba pada hujung minggu akan datang.

Selain daripada ribut petir, ribut tropika dan asap kebakaran yang turut memberi kesan kepada beberapa kawasan di negara itu, gelombang haba juga adalah antara keadaan cuaca ekstrem yang melanda AS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: